Black Pepper Sauce Chicken Chop

Black Pepper Sauce Chicken Chop

Teringin pula nak makan chicken chop ala-ala di kedai makan. Nak buat sos lada hitam untuk chicken chop ni senang je. Kalau sos sedap, insyallah semua sedap.🤭

Bahan-bahan:

  • 4 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu kecil kicap pekat
  • 2 3 sudu kecil minyak masak
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil serbuk pati ayam atau 1/2 sudu kecil msg
  • 1/2 sudu besar lada hitam dikisar/ditumbuk
  • 1/2 sudu besar lada putih dikisar/ditumbuk
  • 100 ml air
  • 2 sudu kecil tepung jagung dibancuh dengan 2 sudu besar air

Cara memasak:

  1. Tuang minyak dan panaskan dengan api yang sederhana.
  2. Campurkan semua bahan (kecuali air tepung jagung) dalam kuali.
  3. Kacau adunan dan biarkan mendidih, reneh dengan api sederhana hingga gula larut.
  4. Pekatkan sos dengan bancuhan tepung jagung.
  5. Siap masak, tutup api dan sedia untuk dihidang bersama chicken chop.


Boleh dapatkan Rempah Lada Hitam An Nuur di Pasaraya Mydin, Tunas Manja, Econsave, Malakat Grocer, Hero Market, Checkers, Fresh Hub, CS Grocer, Sabasun, Treleaf, Jaya Gading, Salamku, Pasaraya Xiri, Pasaraya Darul Makmur dan kedai-kedai runcit berhampiran anda. 💕


Atau boleh dapatkan secara online di:

https://shopee.com.my/annuurofficial

https://www.lazada.com.my/shop/annuurfood

https://www.annuurfood.com.my/