icon-search
icon-search

Kurma Daging Merah

Kurma Daging Merah

Bahan-bahannya:

  • 1 kg daging lembu. (boleh juga guna dagung kambing)
  • 1 peket Sup Punjut Tradisional Waqiah 20gm beserta perkakas campurnya.
  • 1 sendo nasi cili kisar.
  • 1 biji banwang merah besar. *
  • 5 ulas bawang putih. *
  • 5 cm halia. *
  • 1/4 biji buah pala. *
  • 5 sudu besar rempah kurma. 
  • 6 sudu besar minyak sapi. 
  • 1 senduk nasi natural yoghurt. 
  • RM2 santan pekat.
  • 1 senduk nasi sos cili.
  • Sedikit daun ketumbar atau daun pudina untuk hiasan.
  • Garam dan gula secukup rasa.
  • 4 cawan air.

Langkah Penyediaannya:

  1. Basuh bersih-bersih daging lembu dan potong ikut saiz yg digemari.
  2. Kisar bahan-bahan yang bertanda *.
  3. Panaskan kuali dan masukkan minyak sapi. Bila minyak sapi telah panas, masukkan semua perkakas campur yang tersedia dalam sepeket Sup Punjut Tradisional Waqiah. Tumis sehingga naik bau.
  4. Kemudian baru masukkan cili kisar, bahan-bahan kisar dan rempah kurma. Tumis hingga pecah minyak. (Bila kering tambah air sedikit. Ulang sehingga 3 kali pecah minyak)
  5. Setelah itu masukkan Sup Punjut Tradisional Waqiah (buka punjutnya). Tumis seketika sehingga terbit aromanya yang menyelerakan itu.
  6. Masukkan daging dan kacau bagi sekata. Biarkan mendidih seketika. Setelah tu masukkan air, yoghurt dan sos cili. Kacau bagi sekata dan masak sehingga daging empuk. Jika daging belum empuk tambahkan air.
  7. Setelah daging empuk dan kuah hampir likat, masukkan santan dan kacau bagi sekata. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga kuahnya mendidih. Bila kuah nampak likat, tutup api.
  8. Siap sudah lauk Daging Kurma Merah. Hiriskan daun ketumbar atau daun pudina dan tabur di atasnya. Sedia utk dihidang bersama Nasi Tomato.

Selamat Mencuba! dari Dapur An Nuur ke Dapur Anda...



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping