Bahan-bahannya:
4 cawan beras basmati / beras biasa (dibasuh dan ditoskan)
5 cawan air
1 cawan susu cair
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minyak masak
1 biji bawang besar (dihiris)
5 ulas bawang merah kecil (dihiris)
4 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 helai daun pandan (disimpulkan)
1 pek Sup Punjut Tradisional Waqiah
1 biji tomato (dipotong kecil)
Pewarna merah sedikit (pilihan)
Garam secukup rasa
Langkah-langkah Penyediaan:
Basuh beras sehingga bersih dan toskan airnya.
Panaskan minyak masak dan minyak sapi di dalam periuk. Masukkan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga serta Sup Punjut Tradisional Waqiah (buka punjutnya). Tumis sehingga naik bau yang harum.
Masukkan bawang besar, bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis sehingga layu dan berwarna keemasan.
Masukkan beras yang telah ditoskan dan kacau rata bersama bahan tumisan supaya beras bersalut dengan minyak dan rempah.
Masukkan air, susu cair, sos tomato, tomato yang dipotong kecil dan daun pandan. Kacau sehingga sebati.
Tambahkan garam secukup rasa dan masak nasi sehingga air hampir kering.
Apabila nasi hampir masak, masukkan sedikit pewarna merah (jika suka) dan gaulkan perlahan supaya warna sekata.
Tutup periuk dan biarkan nasi masak sepenuhnya menggunakan api perlahan.
Setelah nasi masak, gemburkan nasi menggunakan garfu supaya teksturnya lebih cantik dan berderai.
Nasi Tomato yang wangi dan menyelerakan ini sedia dihidangkan bersama Ayam Masak Merah, Dalca, Acar Timun atau lauk pilihan keluarga.
Selamat Mencuba! dari Dapur An Nuur ke Dapur Anda…