Pulut Panggang Serunding IkanTradisional Waqiah

Pulut Panggang Serunding IkanTradisional Waqiah

Bahan-bahannya:


Bahan Pulut

  • 500gm beras pulut

  • 1 cawan santan pekat

  • 1 sudu kecil garam

  • 2 helai daun pandan (disimpulkan)

  • Air secukupnya untuk memasak pulut


Bahan Serunding Ikan

  • 500gm ikan selayang / ikan kembung (direbus dan diambil isinya)

  • 1 pek Serunding Ikan Tradisional Waqiah

  • 1 biji bawang besar

  • 5 ulas bawang merah kecil

  • 3 ulas bawang putih

  • 2 batang serai (diketuk)

  • 1 inci halia

  • 1 sudu besar cili kisar (jika ingin rasa lebih pedas)

  • ½ cawan santan

  • Garam dan gula secukup rasa


Bahan Balutan

  • Daun pisang secukupnya (dilayur atas api supaya lembut)

  • Lidi atau pencungkil gigi untuk mengikat



Langkah-langkah Penyediaan:

  1. Basuh beras pulut sehingga bersih dan rendam selama 2 hingga 3 jam.

  2. Toskan beras pulut dan kukus sehingga separuh masak.

  3. Kemudian, masukkan pulut ke dalam bekas dan gaulkan bersama santan, garam serta daun pandan. Kukus semula sehingga pulut masak sepenuhnya dan menjadi lembut.

  4. Sementara itu, sediakan serunding ikan. Rebus ikan sehingga masak, kemudian asingkan isi ikan dan buang tulangnya.

  5. Kisar bawang besar, bawang merah, bawang putih dan halia sehingga halus.

  6. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumiskan bahan kisar bersama serai sehingga naik bau.

  7. Masukkan isi ikan dan Serunding Ikan Tradisional Waqiah. Gaulkan sehingga sebati.

  8. Masukkan santan dan cili kisar. Kacau sehingga serunding menjadi kering, beraroma dan mempunyai rasa yang seimbang. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.

  9. Ambil sedikit pulut yang telah masak, letakkan serunding ikan di tengahnya dan bentukkan memanjang.

  10. Balut pulut menggunakan daun pisang dan sematkan dengan lidi.

  11. Panggang pulut di atas bara api atau kuali pemanggang sehingga daun pisang sedikit layu dan naik aroma yang menyelerakan.

  12. Pulut Panggang Serunding Ikan Tradisional Waqiah kini sedia untuk dinikmati sebagai hidangan minum petang atau sarapan pagi.


Selamat Mencuba! dari Dapur An Nuur ke Dapur Anda...